Thursday, February 24, 2011

SENI-SENI MENGURAT YANG SELARAS DENGAN KEHENDAK ISLAM

sambungan post aku sebelum nie. SENI-SENI MENGURAT YANG DIBENARKAN ISLAM..

Pemerhatian-

pemerhatian mestilah dibenarkan dalam islam melalui pemerhatian jauh atau merisik. Gunakan orang tengah yang kita percaya untuk menyelidik latar belakang calon pilihan kita.

Pembuktian-

calon yang hendak dipikat telah dipersetujui. Calon tahu yang kita sedang memikatnya. Buktikan kesungguhan kita memikatnya.

Keikhlasan-

memikat biarlah secara semula jadi. Tidak perlu menggunakan skrip. Persahabatan mestilah kerana Allah. Teguran yang dilakukan oleh pasangan mestilah kerana Allah tanpa ada unsur-unsur cemburu, dengki dan bernafsu.

Penambahbaikan-

perhubungan tidak semestinya memerlukan jangka masa panjang. Pada waktu ini, syaitan cuba menggoda supaya kita menyimpang. Oleh itu, ilmu mesti disisipkan dalam sesuatu perhubungan.

Konsisten (istiqamah)-

terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita serta keluarganya. Setiap pasangan akan diuji dengan pelbagai ujian. Walau apa pun yang berlaku, perasaan terhadap pasangan haruslah konsisten.

Elakkan cinta monyet-

cinta monyet hanya sebentar. Antara ciri cinta monyet ialah bertukar pasangan dan syok sendiri. Dalam cinta monyet, wanitalah yang akan teraniaya.

sama2 la kita muhasabah diri..^_^

No comments: