Sunday, January 30, 2011

SENI-SENI MENGURAT YANG DIBENARKAN ISLAM

Dimulakan dengan penghayatan atau bepandangan. Pandangan pertama mestilah pandangan yang dibenarkan dalam islam dan tidak menyalahi syarak iaitu hanya melihat muka dan tapak tangan.

Senyum. Senyum adalah sedekah. Apabila kita sudah melalui proses pandang pertama tadi, secara tidak lansung kita akan senyum untuk menambat hati wanita pilihan kita.

Bercakap. Ada dua jenis bercakap iaitu secara lansung seperti melalui telefon dan secara tidak lansung iaitu melalui SMS atau melalui laman2 sosial. Mesti ada had batasannya.

Janji temu. Selepas masing2 sudah berani bercakap, janji temu dibuat untuk berjumpa di sesuatu tempat mengikut masa yang ditetapkan.

Dating. Di sini pasangan mula berjumpa. Proses ini boleh dielakkan atau dikawal jika wujud orang tengah yang boleh dipercayai untuk membantu kita melalui perhubungan yang terarah kepada kebaikan

No comments: