Monday, September 27, 2010

sabar jela..

sangat sakit bile kita kena marah atas benda yang bukan silap kita. lagi2 kawan baek sendiri. entahla aku sendiri tak tau nape benda nie boleh terjadi. baru jer ingat nak buat suprise. tapi last aku yang kena suprise. sampai nangis aku dibuatnya. nape susah sangat nak buat baek..?? nape mesti ada penghalang. aku pown pelik la. yang tension nyer orang pikir aku nie tak tau nak tension ke. sabr jela tia..

Sunday, September 26, 2010

Selamat Hari Raya



Thursday, September 23, 2010

yang belum kawen ajer...

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung kondom tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik
ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan
kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh kereta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak
khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan
matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

cuak ke tak cuak? haha.
kalau sesapa yang jadi laki tu, kecot perot. haha

klu nak anak pompuan dia... kawen ajer...
tak pun... silap ari bulan... jadi anak dara tua ler... huhu
yang penting... citer nie langsung tak der kena mengena
dengan yang hidup dan juga yang dah mengadap Ilahi...rite?

Wednesday, September 22, 2010

CONTEST SENYUMAN MANEH..

yeah...!!!!
ada contest lg..
thanks juerk..
sayang ko..

CONTEST SENYUMAN MANEH by GaDiS KaMpUnG SePaRa BaNdAr
mcm best jer..
so konfem aku join..
klu ada yg bminat klik kt link dia atas..

jadi aku ngan besar ati mempetaruhkan gambar di atas nie..
gambar masa time KAKOM kt KMNS..
windu sangat senyuman manis mereka2 nie..
aku yang paling ujung belah kiri..
ntah pe ntah pose yang aku buat..
huhuhuhu..

nak tag
yaya
dayah

KALAH..T_T

10 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA.....

1. LELAKI YANG PRIHATIN
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

Mudahnya Menjadi Muslim...

Mudahnya menjadi muslim, namun kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim. Renungkanlah...

# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh, sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...

# Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa, guru² & rakan², sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...

# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab, sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor, sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjamaah, tetapi anda luangkan masa bergayut ditelefon selama 2 jam...

# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv, cd dll...

# Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...

# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...

# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah S.A.W, walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...

# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam...

# Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur....

Renungkanlah.....

Monday, September 20, 2010

reunion SKKP mmg gempak giler..

8 ari bulan 9 aritue bersamaan 29 Ramadan reunion SKKP telah berjaya dianjurkan kat jusco Bukit Tinggi Klang. thanks kepada penganjur2 n tahniah jugak sebab berjaya menganjurkan program nie. memang sangat best.

setelah 8 tahun tak jumpa. akhirnya kitorang dapat berkumpul beramai-ramai. macam tak caye je. cepat betul masa berlalu. semua dah besar2. kalau dulu sume pendek2 je. lagi2 yang lelaki. senang je ketuk kepala dorang. tapi sekarang dorang dah tinggi giler. siap perli lagi kitorang. naseb baek dorang tak balas ketuk kepala dak2 pompuan balik. ngeh3..

macam tak pecaye je ada yang dah nak kawen. dah nak jadik bini orang dah. aku lambat lagi kowt. tapi yang pasti perangai dorang masih sama jer cam dulu. tak brubah lansung. kalau yang banyak cakap tue maseh lagi pokpekpokpek cam dulu. yang pendiam plak pown diam je. tak brubah lansung. yang pasti aku pown sama jugak. diam je lebih. sebab minyak tak sempat panas. kalau tak aku rasa dorang terkejut tengok aku nie camner. huhuhuhu..

tapi jujur aku cakap aku tak cukup makan sebenarnyer malam tue. balik2 umah terus bukak tudung salji. macam orang kebulur. nak bwat camner. kebanyakan kitorang maseh blaja lagi. tak mampu nak beli banyak2. sabar jela. panjang sngat nak bercerita sebenarnyer. tapi biar gambar jela cerita. memang sangat best. miss that moment a lot. wawawawawawawa..

aku belum sedia untuk jatuh cinta lagi..

Hampir 5 bulan aku dengan dia berpisah. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Tapi aku tak tau kenapa perasaan sakit hati aku nie maseh tak padam2. Aku amik keputusan untuk menutup pintu hati aku nie buat sementara waktu. Tetibe ada seseorang yang cube mngetuknye. Walaupown berkali-kali aku cube katakan padanya aku belum bersedia.

Dia tetap dengan pendirian untuk membuka pintu hatiku untuknya. Katanya dia akan cuba yang terbaek untuk buat aku lupa dengan khayalan cinta aku sebelum nie. Katanya dia memahami wanita seperti aku. Semua ucapan yang dulunya aku harap keluar dari mulut orang yang aku cintai dulu keluar dari mulut dia. Aku tak mampu untuk menolaknya. Dia terlalu baek. Walaupun aku ngan dia baru je kenal. Entahla. Mungkin dia yang terbaek untuk aku. Doa2 janganla hati aku disakiti lagi.

Bwat masa nie aku akan cuba buka pintu hati aku untuk dia. Tapi aku takkan beri harapan sangat. Aku akan cuba jujur ngan dia tentang perasaan aku. Aku tak nak jadi orang yang menghancurkan ati orang laen. Sebab aku tau macam mane sakitnyer patah ati.

Abang mai akan cuba yang terbaek. Thanks sebab sudi mengubati ati mai. Tapi mungkin amik masa. Sebab mai bukan seseorang yang senang jatuh cinta. Tapi kalau dah jatuh cinta susah untuk hilangkan. Abang sendiri tau kisah silam mai dulu. Mai arap abang bagi masa kat mai. insyaAllah kalau ada jodoh cinta mai jadi milik abang. Tapi please jangan terlalu mengharap. Mai hanye manusia biase yang mungkin hanye mampu berkata-kata. Tapi susah untuk melaksanakan.

Friday, September 3, 2010

lepak at tc

abes je test cadang nak lepas tension kat tc. tambahan nak sahur sama2. aku, wayue ngan zati memang plan leklok la nak pastikan rancangan kitorang menjadi. aku siap tempah keta kat rumate aku awal2 lagi. orang yang akan terlibat aku, wayue, alia, nazrin, zati, ruby, k.yana, yamin, emi, anep.

hari ditunggu pown tiba. tapi tibe2 macam2 masalah timbul. sorang kata tak nak overnite. sorang kata kalau sorang tak ikut dia pown tak nak ikut. sorang kata tak de mood nak pegi. masa tue memang agak bengang la sebab tibe2 ramai lak tak nak pegi. so terpakse tukar program. kitorang just lepak kat tc sampai kul 12 jer. so rancangan untuk sahur terpakse kansel.

balik je kelas aku dapat berita yang keta rumate aku ada poblem. minyak tak de. tak boleh gerak lansung. klu nak isi minyak kena amik masa. bertolak mungkin kul 9. dahla program sampai kul 12 jer. masa tue memang geram giler la. aku memang marah kat penyewa keta sebelum nie. dahla tak nak tanggungjawab lansung. ingat keta tue bapak dia punye ke. hampir tak jadi program tue. aku memang bengang giler la.

tapi last minit aku dapat cari keta sewa laen. program dapat diteruskan. tapi masalah laen yang timbul. keta yang aku sewa tue rosak tibe2. dekat setengah jam gak la sangkut tepi jalan. tapi naseb baek abang tue datang bawak keta laen. yang bestnyer kitorang dapat pujuk dorang2 yang asal taknak balik lambat tue untuk extend lama sikit. so kitorang lepak kat tc sampai kul 2. lepastue sahur kat chilli. sampai UMP balik kul 3 lebih.

memang happening giler. malam tue memang lepas tension abes-abesan la. macam2 kitorang borak. maen kejar2. macam budak kecik aku rasa. tapi seronok. huhuhuhu.. miss that moment a lot..

"saya nak cari suami yang..."

Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."
Yang selalu kita lihat, Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..
Yang kita harap dapat lihat, Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat kalau Al-Fatihah pun masih merangkak2
Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama2 membri ingat
Untuk diri sendiri dan saudara2 yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg x kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama2 membaiki diri
Kalau bakal2 suami & bakal2 isteri pakat2 bersihkan hati
Kalau suami2 dan isteri2 dapat ikut segala perintah ilahi
Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar2 sejati

Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni
Bila syariat Allah pakat2 dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali
Seronok di akhirat berganda2 lagi

aku nie muda lagi ke untuk bercinta..??

ada orang cakap kat aku, aku nie masih awal lagi untuk bercinte. umor 19. lawak bodoh betul. tak boleh diterima akal. memang aku nie muda lagi. tapi tak bermaksud hati dan perasaan aku belum sedia menerima cinta. cinta dari seorang insan bernama lelaki. patutla ramai lelaki suke carik calon isteri yang lagi tua dari dorang. rupenyer ini sebabnyer. alasan yang tak masuk akal. tolong la aku mungkin lurus bendul. tapi bukan maksud aku nie bodoh. bukan ke perempuan lebih cepat matang dari lelaki dalam soal cinta dan perasaan. so takde sebab untuk cakap aku nie awal lagi untuk bercinta

tolong la carik alasan baek sikit untuk tunjuk baek. tak payah la sampai buat ayat camtue. aku bukan budak kecik k. umo dah masuk 20 dah pown. aku rasa aku lagi matured dari dia. yang hanye pikir perasaan cinta tue adalah satu benda yang boleh di buat maen. yang pikir cinta tue hanye untuk orang tua jer. yang pikir cinta tue boleh dibuang sesuke ati jer.

tak sangka kat dunia ada orang yang pikir camnie. kalau betul aku awal lagi untuk bercinta kenapa tak ajar aku mengenal cinta. tapi kenapa ajar aku untuk takut bercinta. argggghhhhhh...!!!!!!!!!!!! sakit ati tul la.

Thursday, September 2, 2010

I LOVE MYSELF CONTEST

juerk tag aku untuk contest I LOVE MYSELF CONTEST. yea2 contest lagi. konfem aku nak join. huhuhu. contest nie dianjurkan oleh angelicshoppe. sesape yang teringin nak join boleh la klik nama penganjur.

so aku pown mempetaruhkan gambar di bawah nie untuk contest nie. semoga ada hasilnyer. amin...

kali nie nak tag
dayah

KALAH..T_T

kelawar datang melawat..

selalunye orang tua2 kate kalau rama2 masuk rumah maknenyer ada orang istimewa nak datang. tapi kalau kelawar plak pe maksudnyer..??

memang klaka la malam tadi. masa tue jam nak dekat kul 2. tengah aku syok online tetibe nampak 1 benda nie terbang masuk bilik aku. nak kate rama2, besar giler. laju plak tue dia terbang. rupenyer kelawar. terkejut beruk kitorang 1 bilik. mimi yang tengah tido terjaga sebab perasan kelawar duk hinggap atas dia. ape lagi menjerit la 1 bilik. bergaduh ngan kelawar tue. yang peliknyer kitorang dah bukak sume tingkap ngan pintu luas2. tapi tetap gak dia tak nak kuar. ada sekali tue dia hinggap kat langsir tingkap. aku bajet kalau libas langsir tue dia akan gerak keluar. tapi boleh pulak dia masuk balik. adeih.

masa tue sampai penat duk melibas penyapu nak suruh makhluk tuhan nie keluar. tapi tak nak jugak keluar. siap search kat google lagi camner cara nak halau kelawar. hahahahaha. kelaka giler. kesian kat mimi mata merah tahan mengantuk. aku ngan mieza maseh lagi berusaha melibas penyapu nak halau benda tue keluar. dekat 2 jam jugak kitorang bertarung ngan kelawar tue (macam bagus je bunyik). akhirnyer mungkin kelawar tue pown penat duk terbang2 dalam bilik dia hinggap kat beg luggage mieza. kitorang pown angkat beg tue pelahan2 lepas tue terus campak keluar. terus tutup pintu. naseb baek beg mieza tak pecah.

bile dipikirkan balik memang kelaka la pe yang berlaku malam tadi. aku sendiri sampai sakit kepala kepenatan tambah mengantuk. akhirnyer mimi dapat sambung tido dia balik. aku ngan mieza sambung ngadap laptop masing2.

gambar kelawar nie aku ngan alia tangkap waktu kitorang balik dari makan tengah ari. kelawar malam tadi tak dapat tangkap gambar dia. sebuk menghalau. huhuhuhuhu..

update: ada orang tegur sal makan tengah hari tue. bukan time bulan pose nie ea. jangan salah paham. masa k-siswa bulan 6 aritue. hihihihihi..

Wednesday, September 1, 2010

betul ke cinta pertama susah untuk dilupekan..???


tadi aku terbaca luahan perasaan rumate aku kat fb. sian sangat kat dia. aku terharu sangat2. kenapa lelaki playboy suke sangat ambik kesempatan atas kelembutan hati perempuan. perempuan mana yang tak suke bila lelaki yang dia sayang. yang dia cinta ungkapkan kata sayang. walaupown tau lelaki tue dh pown brpunye. tapi hati dan perasaan tak dapat dibendung kalau dah sayang.

malam tadi aku mimpi dia lagi. kenapa la dia maseh muncul dalam mimpi aku. aku mimpi aku lepak ngan emy and the gang dalam kereta dia. aku maseh sayang kat dia ke..?? entahla. aku bingung. kenapa mesti aku sayang lagi kat orang yang jelas2 dah maenkan perasaan aku. yang jelas2 tipu aku. yang jelas2 sayangkan aku kerana nafsu. kenapa.....!!!!!!!!!!!?????????????

aku maseh keliru dengan perasaan aku. aku sampai takut nak berkawan ngan lelaki. kenapa kuat sangat impak yang dia bagi kat aku. susah sangat nak lupekan dia. jujur aku maseh rindukan dia. bile outing kuantan harap sangat terserempak ngan dia. bodohnyer aku....!!!!!!!!!!

kadang2 aku rasa sakit sangat bila terbayangkan dia berada dalam pelukan perempuan tue. aku tak boleh terima. hati aku sebak. aku rasa nak nanges. tapi kenapa aku mesti bayangkan camtue. kenapa aku maseh nak pikirkan dia. dia pown bukan pikirkan aku dah. entah2 nama aku pown dia tak ingat dah. bak kata kakak aku buat pe nak ingat orang yang dah tak ingat kat kita. cakap memang senang. tapi hati yang menanggung nie je yang tau camner sakitnyer.

azam aku adalah lupekan dia. buang dia jauh2 dari hidup aku. memang susah. tapi nak tak nak aku kena usaha. buat ape nak mencintai orang yang jelas2 tak mencintai kita. buat ape kita nak menaruh hati kat orang yang jelas2 dah reject kita. aku rase down sangat sekarang. selalu jer pikir aku nie teruk sangat ke. hodoh sangat ke. buruk sangat ke...??????!!!!!!!!!

tia you can do it. you can live without him. you are a big girl now. so, is not a big thing if he reject you. it does not mean that you must end your live just like that. you future is still far apart. you must try to make your future better. not to be sad and mourning because of him. he means nothing to you now. he just a piece of paper that you can throw away anytime you want and replace with new one. you just waste your time still thinking of him. so try to be new tia. try to be better. try to enjoy your life. Allah will always be with you if you in the right path. insyaAllah..