Wednesday, March 9, 2011

Contest Story Mory Sob..Sob..by Pieyaris

Contest Story Sob..Sob..by Pieyaris


citer nie berlaku seminggu sebelum raya tahun 2008

masa tue aku ngan rumate aku nama dia siti, jer ada kat bilik. yang lagi 2 orang pergi terawih. aku tengah duduk atas katil buat movie maker untuk budak tarian. tetibe aku nampak siti macam cacing kepanasan. duduk salah, baring salah, semua salah la. jadi aku pown tanye dia kenape.


atia: siti ko sakit ea..??
siti: tak de la aku ok jer. dun wory la.
atia: biar betul. nape muka ko pucat..?? (sambil pergi kat katil dia)
siti: tak dela. mana de.
atia: ti nape badan ko sejuk nie..?? ko sakit ke..?? ko biar betul wei.
siti: tak de pape la.
atia: ko sakit an. baek ko ngaku jer. tak payah tahan. aku panggil fellow ye. kita pegi hospital.
siti: tak de papela. aku ok.(dalam nada bergetar)
atia: dah2 tak payah tipu aku. aku tau ko tengah tahan sakit. jap ye aku tepon yanti tanye no fellow.
siti:(menangis)
atia: kan betul aku cakap ko memang tengah sakit. sabar ea. aku ngan yanti pegi carik fellow.


malam tue kitorang pergi hospital kat gopeng. doktor sahkan dia keracunan makanan. banyak jugak ubat dia dapat. aku pown assume ape yang doktor cakap tue betul. esok plak atas nasihat fellow kitorang pergi klinik matriks. sebab sakit dia makin teruk. 


aku yang tak pernah ponteng kelas selama aku kat matriks masa tue dengan beraninya ponteng demi nak teman dia. dia nak berjalan pown tak larat. takkan aku nak suruh dia pergi sorang2.


lepas jer dia keluar dari klinik aku pown tanye dia ape doktor cakap.


atia: ti pe doktor cakap wei..??
siti: dia cakap aku gastrik. yang tak boleh blahnyer dia cakap aku pura2 sakit sebab nak cuti awal. dia kate ramai student camtue.
atia: kuang asam punye doktor. dia buta ke tengok ko 1 badan pucat. boleh plak dia kate ko berlakon jer. teruk betol la.
siti: tak pe la wei. mak aku nak datang jap lagi. nak bawak aku gi klinik luar. amik MC lebih sikit lepastue aku balik pergi jumpa doktor kat klang
atia: ok2


lepas antar dia balik bilik aku pown terus pergi kelas. aku tak sempat jumpa dia sebelum dia balik sebab kelas aku penuh hari tue. tapi dia sempat tulis surat untuk aku.


surat tue berbunyi:
salam. sowie tak sempat jumpa ko sebelum balik. tia thanks tau sebab tolong teman aku and jaga aku. aku tak tau camner nak balas budi ko. hanye tuhan je yang dapat membalasnya. sowie sebab tak dapat nak balik raya sama ngan ko. kalau boleh ko tolong jualkan tiket bas aku tue ye. duit dari tiket tue ko amik la. bayar hutang nasi ayam ngan makanan yang ko belikan untuk berbuka hari tue. thanks tau. nanti lepas raya kita jumpa k. bye..


esok nyer aku tetibe rase tak sedap hati. atas nasehat rumate aku aku tak telefon dia sebab takut ganggu dia kat hospital ke pe. jadi pagi tue aku mesej jer. tapi dia tak balas. masa tue aku pikir mungkin dia tak bawak enset dia.


tapi petang tue tetibe hati aku rasa sangat tak sedap. aku mesej dia. tapi maseh tak berbalas. jadi aku amik keputusan untuk telefon jer dia. tak de orang yang jawab. hati aku makin tak sedap. aku cube carik no telefon mak bapak dia dari kawan2 dia yang laen. tak de sorang pown yang ada. aku cube sedapkan hati aku. dia ok kowt. 


disebabkan malam tue malam terakhir kat matriks sebelum kitorang cuti raya, aku rancang nak online kat kafe ngan kakak angkat aku. tapi sebelum tue dia nak tengok citer "kekasih ku seru" kat bilik tv. aku ikutkan jela. 


tengah syok2 tengok citer tue, tetibe aku nampak rumate aku, nabila masuk bilik tv. dalam hati aku cakap minah nie takkan dia pown nak tengok sama kowt. tak pernah2 dia masuk bilik tv. dia masuk terus pergi kat rumate aku yang lagi sorang, yanti. aku perhatikan dari jauh dorang berbisik. tetibe yanti pandang kat arah aku. dia menjerit.


yanti: tia....!!!!!
atia: nape..??
yanti: siti....
atia: nape..???
yanti: dia.. dia.. dia dah takde..
atia: (tersentap) 
yanti: dia dah meninggal..


aku tetibe jadi bengong. aku mimpi ke..?? aku patut buat pe..?? patut ke aku nangis..?? aku mimpi ke..?? macam dalam drama ke..?? semua berlegar-legar dalam kepala aku masa tue. aku tetibe macam orang giler. aku meroyan tak ingat dunia. orang sekeliling pandang jer aku. aku buat bodoh. yang aku tau masa tue aku macam tak tentu arah. badan aku menggigil. 


semua yang kenal aku semua berkumpul kat bilik aku. masa tue aku nampak semua orang prihatin sangat dengan aku. dorang sedaya upaya tenangkan aku. aku macam orang yang hilang anak. aku maseh tak percaye yang dia dah tinggalkan aku. aku telefon henset dia. kakak sedara dia angkat. aku tanye dia balik. betol ke pe yang aku dengar. 


masa tue aku doa yang semua nie salah paham. dia hidup lagi kan. sebab dia dah janji nak raya ngan aku. dia tak boleh mungkir janji. aku sayang dia. dia tak leh tinggalkan aku. aku tak boleh hidup tanpa dia dalam bilik aku. aku sunyi tanpa dia. 


malam tue satu malam aku tak dapat lelapkan mata. kenangan aku ngan dia berlegar dalam kepala. bile aku cube pejam mata yang aku nampak dia. aku menggigil ketakutan. tak dapat bayangkan kehidupan aku selepas nie tanpa dia.


esoknya aku dihantar ke rumah dia oleh pihak matriks. pada mulanya aku tak sanggup nak pergi. tapi atas nasehat kawan2 aku. aku kuatkan diri untuk jumpa dia untuk kali terakhir. seperti yang aku jangka. aku tak dapat nak tahan air mata aku depan dia. 


aku tak tau kenapa aku tak berani sentuh dia. aku takut. mungkin sebab aku nie jarang ziarah orang meninggal. jadi aku tak berani nak buat lebih2. sebab aku pernah dengar yang orang cakap jenazah nie sangat sensitif dengan sentuhan. aku tak sampai hati nak cium dia. tak pela janji aku sempat tengok dia buat kali terakhir.


walaupown dah 2tahun lebih peristiwa tue berlaku. tapi aku tak pernah lupakan dia. dia la sahabat terbaik aku dunia akhirat. dari keluarga dia, aku dapat tau sebelum dia meninggal dia selalu sebut pasal aku.


aku bersyukur sangat sebab sempat berbakti kat dia walaupown sekejap. aku tak pernah menyesal ponteng kelas sebab dia. bayangkan kalaula aku tak ponteng hari tue. mesti aku akan menyesal seumur hidup.

I love you Siti Hasmah Hamid. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah~

5 comments:

belia bangkit said...

sedehnye citer....semoga rohnya dicucuri rahmat...amin..

Atia_gadismelayu said...

tq..T_T

♥sophie♥ said...

takziah..be strong ye sys :")

Atia_gadismelayu said...

tq.. I will..:')

pieyaris said...

received it!!!

thanks 4 joining...sorry sebab lambat jenguk...insyaallah keputusan akan diumum tak lama lagi...