Saturday, April 16, 2011

KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH

KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH anjuran CIK NURUSSALWA




klik pada banner untuk join..^_^
tarikh tutup 17 April 2011


kenangan sekolah rendah yang tak dapat dilupakan sampai sekarang ialah hari2 terakhir aku bergelar pelajar sekolah rendah. aku merupakan pelajar tahun 6 pada tahun 2002. jadi sesape yang sama tahun ngan aku mesti ingat yang kita dapat keputusan UPSR 2 hari sebelum bulan puasa kalau tak silap.

waktu keputusan UPSR nak diumumkan, tak terlintas lansung yang hari tue dapat keputusan. yang aku tau aku tak sabar nak makan. sebab kelas aku masa tue buat jamuan perpisahan. yela kitorang kan nak masuk tingkatan satu dah.

masa kat dewan baru aku tau hari tue keputusan keluar. tue pown sebab cikgu buat announcement cakap jangan makan dulu. tunggu guru besar balik ngan result UPSR. masa tue tetiba meremang segala bulu yang ada. hihihihi.

masa mengumumkan keputusan pown tiba. guru besar sebelum umumkan dia kata dia hepy sebab dapat tau 7 orang daripada 50 orang pelajar kat sekolah aku tue dapat 5A. 

tapi siapa..???

berdebar-debar sangat masa tue. guru besar pown umumkan sorang2 yang dapat 5A. nak nangis pown ada masa tue. tetiba nama aku disebut. terus cikgu bahasa inggeris yang betul2 duduk kat sebelah aku peluk aku. aku terkesima sekejap. macam mimpi pown ada.

aku tak dapat nak gambarkan macam mana bahagianya aku masa tue. hanya tuhan jer yang tahu. syukur Ya Allah sebab beri peluang untuk aku bawa berita gembira untuk ibu ngan apak. bapak aku bila dapat tau keputusan aku terus meluru datang sekolah.

sampai sekarang aku tak lupa kenangan tue. melihat muka gembira cikgu2 aku. melihat cahaya kebahagiaan terpancar di muka ibu ku. melihat betapa excited nye bapak ku. sangat bahagia masa tue.


rasanya tak perlu la tag orang. sebab tarikh tutup esok. huhuhu..^_^

2 comments:

cik nurussalwa said...

as'salam sis :)
thnx join ye,
n.. tahniah dulu dpt 5A..
kite upsr tahun same la..
wee~

neway, gud luck ye.

gadis melayu said...

wc and tq.. hehe..
yeke.. sebaya la kta.. ngeeee~
thanks a lot..^_^