Cuti kali nie maseh lagi bosan macam sebelum2 nie. Keja aku kat umah makan, tengok tv, ngadap laptop dan lastly tido. Tue jela tiap2 ari aku bwat. Kadang2 kalau rajin aku tolong mak aku sikit2. Serius sangat bosan. Dah tak tau nak buat ape. Nak menghitung hari pown aku sendiri tak tau tarikh ump bukak balik bape hari bulan.
Aku tak tau nape cuti nie ingatan aku kat dia makin kuat. Setiap ape yang aku buat mesti kaitkan ngan dia. Sampai kadang2 bila tengah berangan pown mesti terselit pasal dia. Kuat sangat pengaruh dia dalam hidup aku. Aku baru je ingat aku dah boleh lupekan dia. Dah lame kowt benda tue berlalu. Entah nape susah nak lupekan. Tapi Alhamdulillah hati aku dah tak sesakit dulu kalau tetibe ingat kat dia.
Mungkin sebab aku dah amik keputusan untuk biarkan kenangan tue hanya tinggal kenangan. Aku pown dah dapat terima ape yang terjadi. Cume trauma je tak hilang lagi. Aku masih lagi takut nak bagi kepercayaan aku kat lelaki. Buat mase nie aku dah malas nak libatkan diri aku dalam cinta. Aku nak belajar dulu. Pelajaran aku pown makin merosot hari ke sehari. Entah mana entah pergi semangat aku dulu.
Disebabkan itu aku amik keputusan akan menjauhi lelaki yang cube nak menarik hati aku. Aku hanya akan layan lelaki yang cume nak berkawan je ngan aku. Mat2 jiwang please leave me alone. Aku belum perlukan lagi cinta dari korang. Pada yang berkenaan aku mintak maap sangat2. Belum masenyer lagi untuk hati aku bercinta lagi.
Buat masa nie biarlah hati aku berehat dari cinta2 nie. Aku nak nikmati puas2 zaman remaja aku nie. Aku nak penuhi zaman universiti aku ngan kegembiraan bukan kesedihan. Aku dah tak nak menangis lagi. Aku dah penat sangat menangis.
Tia yang periang please come back. Aku tak nak jadi pemuram balik. Aku bukan tia yang dulu yang hanya suke duk sorang2 kat tempat sunyi. Aku tak nak jadi cam dulu. Mana pergi tia yang selalu konfiden ngan ape yang dia buat.
Ya Allah kembalikan semangat aku Ya Allah. Kuatkan diri aku menempuhi semua cobaan dan dugaan Mu Ya Allah. Berikanlah petunjukMu agar aku tidak terpesong dariMu Ya Allah. Hanya padaMu aku berdoa dan meminta pertolongan. Amin…
No comments:
Post a Comment