Thursday, September 2, 2010

I LOVE MYSELF CONTEST

juerk tag aku untuk contest I LOVE MYSELF CONTEST. yea2 contest lagi. konfem aku nak join. huhuhu. contest nie dianjurkan oleh angelicshoppe. sesape yang teringin nak join boleh la klik nama penganjur.

so aku pown mempetaruhkan gambar di bawah nie untuk contest nie. semoga ada hasilnyer. amin...

kali nie nak tag
dayah

KALAH..T_T

kelawar datang melawat..

selalunye orang tua2 kate kalau rama2 masuk rumah maknenyer ada orang istimewa nak datang. tapi kalau kelawar plak pe maksudnyer..??

memang klaka la malam tadi. masa tue jam nak dekat kul 2. tengah aku syok online tetibe nampak 1 benda nie terbang masuk bilik aku. nak kate rama2, besar giler. laju plak tue dia terbang. rupenyer kelawar. terkejut beruk kitorang 1 bilik. mimi yang tengah tido terjaga sebab perasan kelawar duk hinggap atas dia. ape lagi menjerit la 1 bilik. bergaduh ngan kelawar tue. yang peliknyer kitorang dah bukak sume tingkap ngan pintu luas2. tapi tetap gak dia tak nak kuar. ada sekali tue dia hinggap kat langsir tingkap. aku bajet kalau libas langsir tue dia akan gerak keluar. tapi boleh pulak dia masuk balik. adeih.

masa tue sampai penat duk melibas penyapu nak suruh makhluk tuhan nie keluar. tapi tak nak jugak keluar. siap search kat google lagi camner cara nak halau kelawar. hahahahaha. kelaka giler. kesian kat mimi mata merah tahan mengantuk. aku ngan mieza maseh lagi berusaha melibas penyapu nak halau benda tue keluar. dekat 2 jam jugak kitorang bertarung ngan kelawar tue (macam bagus je bunyik). akhirnyer mungkin kelawar tue pown penat duk terbang2 dalam bilik dia hinggap kat beg luggage mieza. kitorang pown angkat beg tue pelahan2 lepas tue terus campak keluar. terus tutup pintu. naseb baek beg mieza tak pecah.

bile dipikirkan balik memang kelaka la pe yang berlaku malam tadi. aku sendiri sampai sakit kepala kepenatan tambah mengantuk. akhirnyer mimi dapat sambung tido dia balik. aku ngan mieza sambung ngadap laptop masing2.

gambar kelawar nie aku ngan alia tangkap waktu kitorang balik dari makan tengah ari. kelawar malam tadi tak dapat tangkap gambar dia. sebuk menghalau. huhuhuhuhu..

update: ada orang tegur sal makan tengah hari tue. bukan time bulan pose nie ea. jangan salah paham. masa k-siswa bulan 6 aritue. hihihihihi..

Wednesday, September 1, 2010

betul ke cinta pertama susah untuk dilupekan..???


tadi aku terbaca luahan perasaan rumate aku kat fb. sian sangat kat dia. aku terharu sangat2. kenapa lelaki playboy suke sangat ambik kesempatan atas kelembutan hati perempuan. perempuan mana yang tak suke bila lelaki yang dia sayang. yang dia cinta ungkapkan kata sayang. walaupown tau lelaki tue dh pown brpunye. tapi hati dan perasaan tak dapat dibendung kalau dah sayang.

malam tadi aku mimpi dia lagi. kenapa la dia maseh muncul dalam mimpi aku. aku mimpi aku lepak ngan emy and the gang dalam kereta dia. aku maseh sayang kat dia ke..?? entahla. aku bingung. kenapa mesti aku sayang lagi kat orang yang jelas2 dah maenkan perasaan aku. yang jelas2 tipu aku. yang jelas2 sayangkan aku kerana nafsu. kenapa.....!!!!!!!!!!!?????????????

aku maseh keliru dengan perasaan aku. aku sampai takut nak berkawan ngan lelaki. kenapa kuat sangat impak yang dia bagi kat aku. susah sangat nak lupekan dia. jujur aku maseh rindukan dia. bile outing kuantan harap sangat terserempak ngan dia. bodohnyer aku....!!!!!!!!!!

kadang2 aku rasa sakit sangat bila terbayangkan dia berada dalam pelukan perempuan tue. aku tak boleh terima. hati aku sebak. aku rasa nak nanges. tapi kenapa aku mesti bayangkan camtue. kenapa aku maseh nak pikirkan dia. dia pown bukan pikirkan aku dah. entah2 nama aku pown dia tak ingat dah. bak kata kakak aku buat pe nak ingat orang yang dah tak ingat kat kita. cakap memang senang. tapi hati yang menanggung nie je yang tau camner sakitnyer.

azam aku adalah lupekan dia. buang dia jauh2 dari hidup aku. memang susah. tapi nak tak nak aku kena usaha. buat ape nak mencintai orang yang jelas2 tak mencintai kita. buat ape kita nak menaruh hati kat orang yang jelas2 dah reject kita. aku rase down sangat sekarang. selalu jer pikir aku nie teruk sangat ke. hodoh sangat ke. buruk sangat ke...??????!!!!!!!!!

tia you can do it. you can live without him. you are a big girl now. so, is not a big thing if he reject you. it does not mean that you must end your live just like that. you future is still far apart. you must try to make your future better. not to be sad and mourning because of him. he means nothing to you now. he just a piece of paper that you can throw away anytime you want and replace with new one. you just waste your time still thinking of him. so try to be new tia. try to be better. try to enjoy your life. Allah will always be with you if you in the right path. insyaAllah..