Sunday, July 24, 2011

CONTEST BESTNYE MELANCONG!!

nak join pulak contest bestnyer melancong anjuran mya arissa


klik kat banner kalau nak join..^_^
tarikh tutup akan diberi tahu nanti..

GENTING HIGHLANDS

baru2 nie aku ngan bestfrenz aku alia pergi melancong ke genting highland. percaya tak kalau kate kitorang melancong berdua jer..?? percaya jela. heeeee~

dari terminal makmur kuantan kitorang bertolak pukul 1pagi dengan bas plusliner. cerita betul nie. tak tipu. sampai terminal puduraya dalam pukul 4 lebih. masa tue cuak giler. yela pertama kali jejak kaki kat KL dalam keadaan macam tue. lagi2 bila dengar tambang teksi kalau tengah2 malam macam nie mesti beratus. 

risau jugak. KTM pulak belum bukak lagi. entah macam mana jumpa sorang uncle nie. dia tawarkan RM20 ringgit kalau nak pergi KL central. tapi entah mana datang keberanian aku aku jawab bukan RM 15 je ke..??

alhamdulillah uncle tue terima jer. dia pown hantar kitorang kat KL central. dari KL central kitorang bertolak pukul 8pagi ke kereta kabel. lebih kurang setengah jam dalam kereta kabel akhirnyer kitorang menjejakkan kaki kat genting highland.


sekarang percaya tak..?? huhuhu..n__n

EKSPEDISI BERBASIKAL DARI PEKAN KE PUTRAJAYA

habis cerita pasal genting highland. Selain genting highland aku ada gak melancong ke putrajaya. lah putrajaya je pown. ramai dah pergi. Haaaaahhh..

salah satu keunikan yang berlaku masa melancong ke putrajaya ialah kitorang pergi bukan naek kereta. bukan jugak dengan bas. kapal terbang lagi la tak mampu. tapi kitorang pergi dengan berbasikal. dari pekan ke putrajaya. 342km jauhnyer. memang kenangan yang tak dapat dilupakan.


dengan gunakan basikal kat atas nie, aku dan kawan2 aku yang laen seramai 110 orang mengayuh bermula dari kediaman ayahanda perdana menteri hingga ke pejabat perdana menteri dia putrajaya. semata-mata ingin bertemu dengan orang pertama negara kita. Dato Seri Najib bin Haji Tun Razak. siapa tak bangga bila usaha selama 4 hari berjaya membuahkan hasil. seronok, teruja semua bercampur baur.


rasa bangga sangat bila gambar kat atas terpampang kat dada akhbar. Selain itu, kitorang turut mendapat liputan dari pihak RTM dan TV3. Ekspedisi yang sangat bermakna dalam hidup. Takkan lupa sampai bila2.


bontot sakit, kulit hitam semua tue berbaloi bila dapat bersalaman dengan perdana menteri. bukan semua orang dapat peluang macam nie. tak menyesal lansung. sebab hasil yang kitorang dapat sangat bernilai. kulit yang gelap insyaAllah akan kembali asal. bontot yang sakit dah lama menghilang. tapi kenangan yang terukir akan tersemat di hati sampai bila2. klik SINI untuk cerita lebih lanjut.



Suka melancong dengan cara yang unik..^_^


nak tag
elya
juerk

4 comments:

abazilah said...

goodluck !
tolong vote saya dekat http://iownthis87.blogspot.com/2011/07/vote-for-abazilah.html
tq :)

gadis melayu said...

abazilah: tq.. oryte..^_^

mya arissa said...

nice stories~~ btw dear...thanks 4 join n u r such a wonderful person..=)

gadis melayu said...

mya arissa: tq and welcome.. harap ada rezeki.. heeee~ ^_^