Monday, July 19, 2010

for ur information..

Anda belum bersedia dengan hubungan seksual sekiranya:-
• Anda menyangka seks itu sama dengan cinta
• Anda berasa terpaksa
• Anda takut berkata tidak
• Anda menyangka semua orang melakukannya
• Naluri anda menghalang hubungan itu
• Anda tidak tahu fakta mengenai kehamilan
• Anda tidak terfikir seorang wanita boleh hamil daripada hubungan seks pertama
• Anda fikir hubungan itu akan menyebabkan anda lebih dicintai pasangan
• Anda dalam keadaan mabuk atau hayal
• Anda menyangka orang muda tidak akan dijangkiti HIV/AIDS
• Anda bimbang ibu bapa akan tahu
• Anda amat menghargai dara atau teruna anda

Apa itu seks?
Seks bermaksud melakukan aktiviti seks. Aktiviti seks merangkumi rangsangan perasaan seksual dengan cara berikut
• Sentuhan- contohnya membelai, berpeluk
• Rangsangan pada organ kemaluan- contohnya menyentuh kemaluan
• Rangsangan oral- contohnya ciuman
• Pergerakan badan- contohnya tarian secara seksi
• Pertuturan- contohnya kata-kata yang mengoda secara bersemuka atau melalui
telefon

Adakah aktiviti seks berisiko?
Ya. Melakukan aktiviti seksual boleh menjurus kepada akibat yang berisikodari segi fizikal/perubatan seperti:
• Kehamilan yang tidak diingini
• Jangkitan seksual (STIs)
• Jangkitan salur kencing (UTIs)
• Kecederaan berhubung kait dengan seks contohnya kekoyakan selaput dara,
selaput kulup di penis

No comments: